Dr. Knut Pfeiffer Kagum Dengan Air Zam-Zam
Pada Mei lalu, satu wawancar telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer
dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea
untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul ketika
dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru
pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan
uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.
Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.
Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich
kemudian melalui tempuh yang panjang berada di dalam simpanan dan
mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung.
Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang
diberi minum air tersebut.
Di dalam wawancara itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu menyimpan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.
“Ujian
sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif.
Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam.
Apa yang saya lihat inilah jawabannya, jika sistem sel badan memberikan
kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari
sel yang sehat.
“Ibaratnya
seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan
gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam
senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia
penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam
rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku
menyukainya.”
“Saya
hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah
mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga
yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila
dibawa terbang jauh dari kota.
Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi
khasiatnya,” Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan
sholat orang islam dan sholat orang kristian. Baginya
sholat orang Islam memberi kesan positif dan bisa mengekalkan tahap
tenaga untuk jantung.
Alih bahasa dari : http://zharifalimin.blogspot.com/2010/12/dr-knut-pfeiffer-kagum-dengan-air-zam.html
0 Response to "Dokter Dari Jerman Mengungkap Keajaiban Air Zam-zam"
Posting Komentar